Program Jejak Asnaf Daerah Seri Iskandar
18 Julai, Seri Iskandar Program Jejak Asnaf diteruskan di daerah Seri Iskandar. Sebanyak 11 individu dan keluarga telah disantuni dan diziarahi. Program ini turut disertai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk, A.F Ustaz Mohd Haidi bin Sulaiman yang mengetuai Skuad Prihatin Asnaf MAIPk.
Objektif program ini adalah bertujuan untuk mencari dan membantu mana mana golongan yang memerlukan seperti warga emas, dan ibu tunggal. Sepanjang program ini, beberapa jenis bantuan telah disalurkan seperti bantuan segera dan bantuan baikpulih serta bantuan bina rumah. Selain itu, bantuan kewangan bulanan dan bantuan pendidikan turut diberikan kepada mereka yang layak.