Temui kami di Jabatan Geosains
28 September 2012 (Jumaat), Unit Dakwah dan Promosi, MAIPk telah membuka kaunter zakat di Foyer, Blok Zamrud, Jabatan Geosains Perak. Iainya telah memberikan kemudahan kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Geosains untuk membuat potongan gaji zakat pendapatan. Pegawai MAIPk yang terlibat juga memberikan penerangan dan info berkenaan kaedah pengiraan serta info zakat kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Geosains yang memerlukan penerangan. Pegawai yang terlibat ialah Encik Shamsul Anuar bin Zakaria dan Encik Muhammad Izzat Naqiuddin bin Abdul Kadir. Satu komitmen yang berterusan dari Unit Dakwah dan Promosi, MAIPk dalam memperkasakan kesedaran dan amalan berzakat di kalangan anggota perkhidmatan awam.