NAFAS serah zakat RM1,563,758.00
1 Oktober 2012, Isnin - Satu majlis penyerahan cek zakat perniagaan daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak telah menerima cek berjumlah RM1,563,758.00 bagi tahun kewangan 2010 daripada pihak Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang diwakili oleh Dato' Haji Ramli bin Noraini. Majlis tersebut bersempena dengan Mesyuarat AgungPertubuhan Peladang Negeri Perak (PPN). Satu komitmen yang tinggi dari pihak NAFAS dalam memperkasakan amalan berzakat daripada sektor pertanian.