Kunjungan Hormat Dan Penyerahan Buku Irsyad Al-Fatwa Oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Kepada MAIPK
IPOH, 23 MEI 2017 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan di Dewan Persidangan Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Rombongan disambut oleh YABhg. Tan Sri Dato Seri (Dr.) Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Perak Darul Ridzuan. Antara tujuan kunjungan ini diadakan adalah untuk membincangkan serta bertukar-tukar maklumat dan pandangan antara kedua-dua belah pihak. Pada majlis ini juga, pihak Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan telah menyerahkan buku Irsyad Al-Fatwa kepada Jabatan Mufti Negeri Perak, Jabatan Agama Islam Perak, MAIPk dan Masjid Negeri Perak. Buku Irsyad al-Fatwa ini adalah himpunan 1070 soal jawab yang akan memberi penjelasan dan penerangan dalam hukum hakam agama.Semoga dengan kunjungan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan mempertingkatkan lagi hubungan antara kedua-dua belah pihak.