• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

IPOH, 12 Mei 2017 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menganjurkan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh, Perak.

2.SPRM telah memperkenalkan IBR untuk memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu untuk memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang pelakuan rasuah selama mereka memegang jawatan tersebut.

3.Pelaksanaan Majlis IBR oleh pihak MAIPk selaras dengan pelaksanaan Pelan Strategik MAIPk 2016-2021. Pada majlis ini, IBR dilafaz dan ditandatangani oleh seramai 76 orang pegawai dan kakitangan MAIPk yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr. Amiruddin Bin Muhamed dengan disaksikan oleh Pengarah SPRM Negeri Perak, YBhg. Dato Hajah Nooraziah binti Abdul Manaf.

4.Dengan pelaksanaan IBR ini, pihak MAIPk berharap semua pegawai dan kakitangan MAIPk akan terus menjauhi gejala rasuah bagi memastikan pentadbiran dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Hal ini sekaligus memenuhi misi organisasi MAIPk itu sendiri iaitu mengamalkan tadbir urus cemerlang yang berpaksikan ketelusan, integriti dan profesionalisme yang tinggi bagi terus membangunkan sosio-ekonomi ummah di Negeri Perak.












.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.