• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Semarakkan amalan berzakat

11 Syawal 1433 (Rabu) Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) mengadakan kerjasama dengan Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia cawangan Negeri Perak untuk mengadakan Seminar Pengurusan Zakat yang bertempat di DewanSerbaguna, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan di Ipoh. Seminar tersebut akan bermula pada pukul 8.00 pagi akan dirasmikan oleh YBhg. Dato Dr. Syed Omar Sharifuddin b. Syed Ikhsan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk.

Seminar tersebut membincangkan dua kertas pembentangan iaitu Zakat danTafsiran oleh A.F. Ustaz Munawir b. Mohamad Noh, Eksekutif Zakat, Unit Promosi Zakat manakala Puan Maizura binti Mohamad Nor, Penolong Pegawai Tadbir, Unit Agihan Zakat akan membentangkan berkenaan Zakat dan Agihan.

Antara objektif seminar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan berkenaan pengurusan zakat di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak yang mana ia merangkumi kaedah pengiraan zakat, skim-skim agihan zakat, dan hikmah pensyariatan zakat kepada masyarakat. Pendedahan tersebut juga dapat membantu para penghulu dapat mengetahui dengan lebih jelas masyarakat yang memerlukan dan tidak memerlukan bantuan zakat.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.