• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Kisah Viral Pesakit Terlantar di Kg. Sri Kinta

En. Shaharuddin Bin Idris merupakan seorang pesakit gaot kronik (Tahap 4) sejak 2 bulan yang lalu. Ini menyebabkan beliau tidak lagi mampu berdiri dan kini terlantar di rumah. Beliau sebelum ini bekerja di kedai hardware Menglembu dan terpaksa berhenti atas masalah kesihatan yang dialaminya.
Isteri beliau, Pn. Roslina berkerja sebagai tukang cuci (cleaner) di AEON Seksyen 18, Pengkalan dengan pendapatan sebanyak RM 1,300.00 sebulan dan kos sara hidup turut dibantu oleh seorang anak lelakinya yang bekerja membantu memasang khemah dengan anggaran pendapatan RM 500.00 sebulan.
Pasangan ini mempunyai 5 orang anak, dan 2 daripadanya merupakan anak OKU (lembam) berusia 23 dan 22 tahun, manakala 2 orang belajar di sekolah menengah (17 dan 15 tahun) dan seorang anak tidak bekerja bagi membantu menjaga En. Shaharuddin.
Mereka sekeluarga tinggal di rumah bantuan PPRT tanpa sebarang bayaran yang dikenakan.
Kunjungan Skuad Prihatin Asnaf telah memberi sumbangan sebanyak RM 500.00 bagi menampung keperluan harian dan bantuan lain akan menyusul dengan pemberian bantuan berbentuk bulanan serta pembekalan pampers.

Skuad Prihatin Asnaf mendoakan kesihatan En. Shaharuddin beransur baik dan semoga keluarga ini tabah menghadapi dugaan. Ameen.










.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.