MAIPk di Program Pemukiman Menteri Besar Perak Tengah
Teluk Kepayang, 9 Mac 2017 Bersempena Program Pemukiman Menteri Besar di Daerah Perak Tengah, pihak MAIPk menerusi Bahagian Pemasaran telah membuka kaunter Zakat Bergerak. Bertempat di perkarangan Dewan Orang Ramai Kampung Teluk Kepayang, Kaunter Zakat Bergerak telah membantu masyarakat dalam menyalurkan sumber maklumat dan memberi kemudahan kepada masyarakat setempat untuk mengetahui dengan lebih dekat mengenai MAIPk dan fungsi MAIPk. Masyarakat setempat juga boleh mendapatkan perkhidmatan pengiraan dan membayar zakat. Pihak MAIPk akan membuka kaunter bergerak ini di sepanjang program Pemukiman Menteri Besar Daerah Perak Tengah sehingga 11 Februari 2017.