• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Pekhidmat MAIPK Siap Siaga dengan Kecemasan

Ipoh 22 dan 23 Disember 2016. Satu inisiatif kecil tetapi signifikan kepada pekhidmat MAIPk telah dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk). Inisiatif tersebut ialah penganjuran kursus gabungan dua (2) latihan iaitu Basic Life Support (BLS) dan First Aid And Life Support (FALS) di Dewan Al-Ghazali, KIDR. Kursus yang diurusetiakan oleh Unit Perancangan Strategik dan Risiko, MAIPk telah dihadiri oleh 30 orang pekhidmat. Kursus tersebut telah dijalankan dengan jayanya dengan kerjasama sembilan (9) orang fasilitator daripada Jabatan Kecemasan, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh yang diketuai oleh Dr. Ruth Sabrina.

Kursus ini adalah untuk memenuhi kehendak Pelan Tindakan Kecemasan (ERP). Matlamat Kursus BLS dan FALS adalah memberi pendedahan kepada asas-asas perawatan awal sebelum bantuan ambulan paramedik tiba di tempat kejadian atau sebelum pesakit di bawa ke hospital . Pengajaran secara teori dan praktikal telah dibuat sepanjang kursus berlangsung. Ujian bertulis dan amali telah dijalankan bagi memastikan peserta kursus dapat memahami serta faham akan kaedah-kaedah pertolongan cemas. Adalah menjadi harapan agar peserta kursus mampu dan kompetan untuk mengaplikasikan kaedah-kaedah yang betul apabila berlaku kes kecemasan khususnya di tempat kerja. Semoga manfaat diperolehi daripada kursus tersebut dapat mewujudkan suasana siap siaga dikalangan pekhidmat MAIPk khususnya serta masyarakat secara amnya.
















.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.