• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Air Mata dan Pengorbanan Menjadi Penawar Duka Keluarga Ini

Gerik, 3 Januari 2017 - Duhai anak, engkaulah permata ibubapa yang dijaga rapi dan disayangi setiap masa. Namun siapa sangka, ketentuan Allah melebihi segala perancangan manusia. Ujian Allah datang menguji kehidupan keluarga Mohd Salmizam bin Hamidon dan isterinya Wan Rashidah Wan Mohamad apabila anak perempuan kesayangan mereka Nur Shaziatul Shamira disahkan menginap kanser pangkal otak tahap 4.
Mohd Salmizam hanya bekerja sebagai buruh (tukang rumah) di kampung yang mana pekerjaannya berdasarkan permintaan dan kadang kala mengambil upah melakukan kerja-kerja kampung untuk menyara 4 anaknya.
Nur Shaziatul Shamira sebelum ini sihat sepertimana kanak-kanak lain, tiba-tiba sakit dalam sekelip mata. Dahulunya petah bercakap dan menjadi harapan keluarga kerana beliau merupakan kakak sulung dalam keluarga tersebut. Kini siangnya umpama malam kerana tidak dapat melihat, mulut terkunci rapat tidak dapat menuturkan sebarang kata dan diam membisu terlantar sahaja.
Hati ibubapa mana yang tidak pilu. Ditambah pula bebanan kewangan keluarga yang terpaksa membeli susu khas untuk anaknya dan juga bekalan pampers. Tambahan pula perlu membayar sewa beli rumah mampu milik sebanyak RM260 sebulan menjadikan kehidupan mereka sekeluarga semakin terbeban.
Lantaran itu, si ibu telah datang ke pejabat MAIPk Daerah Gerik dan mengadukan perihal keluarganya. MAIPk Daerah Gerik telah mengambil tindakan segera dengan menyalurkan bantuan kecemasan kepadanya. Bantuan kewangan bulanan juga akan diberikan bermula bulan ini bagi meringankan bebanan keperluan susu dan pampers khas.
Semasa pegawai kami melakukan ziarah sebelah petangnya, didapati Nur Shaziatul Shamira hanya terlantar beralaskan karpet dan juga tilam biasa. Bimbang akan keadaan kulit belakang yang bakal melecet dan bakal memburukkan lagi keadaan, pegawai kami bergegas ke farmasi berhampiran untuk terus membeli tilam khas bagi keselesaan adik Nur Shaziatul Shamira pula.

(Sumber: FB Zakat Perak-MAIPk)











.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.