Tahniah Pembayar Zakat, Kami hanya Pemegang Amanah Anda
"Pada minggu lepas, 16 November 2016 saya terkejut menerima surat POSLAJU. Surat jemputan kali kedua setelah lebih kurang sebulan daripada jemputan kali pertama, untuk menerima Sumbangan Khas Dermasiswa. Pada kali ini, sekali lagi saya dijemput ke Majlis Agama Islam Perak untuk menerima Sumbangan Khas Rayuan Tambahan Wang Dermasiswa anak saya yang kini sedang menuntut di Mansuro, Mesir dalam bidang perubatan".
Inilah kata-kata seorang ibu kepada penerima Skim Dermasiswa MAIPk dan juga penerima Sumbangan Khas sebagai tambahan kepada bantuan dermasiswa yang telahpun diterima oleh anak beliau.
Ramai yang mempersoalkan kemana wang zakat yang dikutip? Inilah salah satu buktinya dana zakat bukan sahaja diagihkan kepada asnaf FAKIR MISKIN sahaja, tetapi turut diagihkan kepada asnaf FISABILILLAH yang kini sedang menuntut ilmu serta asnaf-asnaf yang lain.
Jelaslah besarnya manfaat dana zakat bukan sahaja kepada golongan FAKIR MISKIN tetapi kepada para pelajar kita yang sedang menuntut ilmu di mana pada masa hadapan akan melahirkan individu yang berkhidmat untuk ummah.
Pihak MAIPk menganggap ia merupakan suatu penghargaan besar kepada pihak yang berkemampuan membayar zakat daripada golongan penerima (Asnaf) sendiri.
Insya allah dana zakat yang dikutip, diagihkan secara menyeluruh kepada kelapan-lapan asnaf seperti yang tertulis di dalam Al-Quran.
(Sumber: FB Zakat Perak-MAIPk)