MAIPk terima zakat perniagaan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)
IPOH, 17 November 2016 Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2015 dalam bentuk cek bernilai RM 18,078.86 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk). Cek tersebut telah diserahkan oleh Encik Mohd Fazli Bin Ismail, Pengurus Cawangan PNMB Perak kepada Dr. Amiruddin Bin Muhamed, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk. Majlis penyerahan zakat ini diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 2 , Kompleks Islam Darul Ridzuan. Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Encik Ahmad Nazim Bin Haji Md Tajuri ,Pengurus Besar Bahagian Pemasaran MAIPk, Encik Nasarudin Bin Mohd Tahir, Sale Consultant PNMB serta pegawai-pegawai MAIPk. Semoga dengan penyerahan zakat ini memberkati perniagaan PNMB agar terus maju jaya.