Ride Imarah Masjid
Batu Gajah, 19 Februari 2012: MAIPk Batu Gajah dengan kerjasama masjid-masjid Daerah Batu Gajah dan juga E-Tiraff Bikers telah menganjurkan Program Ride Imarah Masjid (RIM 2012). Program yang bertemakan€Teman, Mike, Kome Sayang Masjid!!! itu melibatkan para pekhidmat MAIPk Batu Gajah, para penunggang motosikal berkuasa tinggi dari E-Tiraff Bikers serta masyarakat kampung sekitar kawasan yang terlibat. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah berkonvoi dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi serta menanam pokok di masjid-masjid yang terpilih. Salah satu tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara penduduk kampung disamping mempromosi serta memberikan kesedaran berkenaan dengan kepentingan berzakat kepada orang ramai. Selain itu, aktiviti menanam pokok ini adalah usaha yang selaras dengan saranan DYTM Raja Muda selaku YDP MAIPk agar kawasan masjid mempunyai kawasan persekitaran mesra alam dengan tanaman pokok-pokok. Program yang dirasmikan oleh YBhg Dato Dr. Syed Omar Sharifuddin Bin Syed Ikhsan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk melibatkan tiga buah masjid iaitu Masjid Bemban, Masjid Tronoh, dan Masjid Changkat Tin. Turut serta mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk sepanjang program tersebut berlangsung adalah Pegawai Baitulmal Daerah Batu Gajah, Encik Noraizad Rosli.