• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Dari pendapatan RM19-22 sehari kepada RM120-150 sehari

Allah Maha Pemberi Rezeki. Daripada-Nya harta kita datang, dengan kuasa-Nya jualah Allah akan menarik kembali!

Muhamed Fareed Nainar asalnya peniaga kecil-kecilan menggunakan motor buruk terpakai menjual Putu Mayam di sekitar Pekan Bagan Serai. Pendapatannya tidak lebih RM850 sebulan. Apabila beliau menanggung 3 orang anak yang masih bersekolah, menyewa rumah yang kecil dan isterinya sebagai surirumah, maka pendapatannya itu hanya melebihi RM46.30 sebulan kadar Had Kifayah.

Tidak mungkin dengan jumlah itu, beliau mampu berbelanja lebih untuk memberi tuisyen anak, membeli baju baru, menukar motor, bahkan memasang pelbagai angan-angan seperti kita pun jauh sekali.

Zakat ANDA telah mengubah kehidupan keluarga ini. Dengan Program Pemerkasaan Asnaf, pihak MAIPk membantu beliau berniaga. Menyediakan modal tunai serta segala peralatan dan motor roda tiga.

Zakat ANDAlah punca ramai ASNAF diluar sana diringankan beban. Zakat ANDA telah memperbaiki kehidupan MEREKA!












.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.