• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk bantu asnaf yang punyai masalah pendengaran kronik

Deria manusia terdiri daripada 5 deria yang penting iaitu deria rasa, sentuhan, bau, penglihatan dan pendengaran. Namun tidak dinafikan kadang kala pendengaran manusia akan terjejas disebabkan beberapa faktor kesihatan dan sebagainya.

Begitulah jua dengan adik Nur Hanisah Humaira binti Mohd Harizan, 7 tahun yang menghadapi masalah pendengaran yang kronik dimana memerlukan bantuan alat pendengaran.

Setelah menerima permohonan bantuan perubatan daripada keluarga pemohon, permohonan tersebut dimulakan dengan proses tapisan haddul kifayah dan akhirnya pihak MAIPk telah meluluskan bantuan perubatan berbentuk alat pendengaran digital belakang telinga jenis Saphira 3 CPx VC PS BE, 13 Hearing Solution BLI, Kit Bag dan Air Blower berjumlah RM5,580.00 kepada adik ini.

Terima kasih pembayar zakat. Zakat anda kami agihkan kepada asnaf yang memerlukan dan seterusnya dapat membantu mengatasi masalah pendengaran adik Nur Hanizah Humaira semasa sesi pembelajaran di sekolah nanti.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.