• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Lawatan MAIPk ke Panel Pusat Dialisis di Sekitar Negeri Perak

Pihak MAIPk telah menjalankan lawatan selama tiga (3) hari iaitu pada 28hb, 29hb dan 30hb September 2016 ke beberapa buah panel pusat dialisis di sekitar Negeri Perak.

Pada tahun ini sehingga Jun 2016, pesakit dialisis yang dibiayai oleh pihak MAIPk adalah seramai 728 orang dan ini melibatkan kos hampir RM 9 juta. Kos bagi seorang pesakit dialisis melibatkan belanja sebanyak RM 28,680 iaitu sebanyak RM2,390 bagi sebulan.

Setiap tahun, pihak MAIPk membelanjakan hampir RM 22 juta bagi kos dialisis iaitu purata seramai 700 orang penerima yang dirawat di panel-panel pusat dialisis yang dilantik oleh pihak MAIPk.

MAIPk mengharapkan bantuan ini dapat meringankan beban pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan bagi menampung kos rawatan serta memberi peluang kepada pesakit untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna dengan tahap kesihatan yang lebih baik.


















.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.