MAIPk di Dialog Pembangunan Antarabangsa Pangkor (PIDD)
IPOH, 6 September 2016 Bersempena Dialog Pembangunan Antarabangsa Pangkor (PIDD) yang diadakan di Pusat Konvensyen Aman Jaya, satu forum bertajuk Meningkatkan Kesedaran Terhadap Wakaf Untuk Kepentingan Ummah telah berlangsung dengan menampilkan empat orang panel iaitu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Dr Amiruddin Muhamed, Ketua Pegawai Eksekutif Awqaf Holding, Tan Sri Ali Hashim, Ketua Pegawai, Waqfworld, Prof Dr Shahida Shahimi dan Institut Darul Ridzuan, Zulkifli Mohd. Forum ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.