Program Temuduga Semula Penyambungan Bantuan Kewangan Bulanan Fakir dan Miskin Bagi Tahun 2017
Ipoh, 5 September 2016 - Berlangsungnya Program Temuduga Semula Penyambungan Bantuan Kewangan Bulanan kepada para penerima bermula pada hari ini, 05 September 2016 hingga 09 September 2016. Ianya bakal melibatkan seramai 829 orang penerima.
Program ini melibatkan para penerima yang tinggal berhampiran dengan kawasan pejabat bagi memudahkan mereka hadir dan membolehkan proses temuduga berjalan dengan lancar sekaligus membolehkan penyambungan pada tahun hadapan dapat dilaksanakan kepada mereka yang layak.