• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Permohonan tidak diluluskan?

Berikutan aduan yang dibuat menerusi BERITA TV9, pihak MAIPk telah membuat semakan semula dan mendapati pemohon adalah penerima bantuan bina rumah daripada pihak FELCRA bagi peserta E-KASIH.

Pihak MAIPk menolak bagi permohonan dibawah Skim Bantuan Baik Pulih Rumah adalah berasaskan rumah tersebut di bawah Program Bantuan FELCRA dan dalam perhatian serta tanggungjawab pihak FELCRA untuk membaikinya. Tambahan pula, keadaan rumah tidak membolehkan ianya dibaiki tetapi dibina semula.

Pihak MAIPk juga difahamkan rumah tersebut telahpun diluluskan oleh Pengarah KKLW untuk pembinaan semula dengan meroboh rumah yang sedia ada.

Alhamdulillah, pihak MAIPk tidak membuat sebarang keputusan tanpa siasatan dan perbincangan bersama pihak-pihak yang bertanggungjawab dengan terperinci bagi memastikan setiap asnaf yang berkelayakan menerima dana zakat. Malahan, pihak MAIPk berkerjasama dengan pelbagai agensi bagi membantu para asnaf meneruskan kelangsungan hidup mereka.







.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.