Ibu Muda Ditinggal Suami, Stor Barangan Menjadi Tempat Teduhan
Begitulah keadaan yang dialami oleh Saidatul Hajar Asmira (27 tahun), kini tinggal menyewa di sebuah stor simpanan barang binaan yang terletak di Kampung Rapat Jaya Tambahan, Ipoh. Beliau mempunyai 2 orang anak masing-masing berusia 6 dan 2 tahun, kini dalam keadaan sebatang kara setelah ditinggalkan suami sejak beberapa bulan yang lalu.
Semenjak daripada itu, beliau menyara kedua anaknya dengan mengambil upah mencuci rumah serta pakaian di kawasan perumahan berdekatan.
Skuad SPA Maipk telah turun menyantuni keluarga ini dan menyampaikan bantuan wang tunai bagi membantu Puan Saidatul membeli barangan keperluan harian. Juga, dalam masa terdekat, pihak MAIPk akan cuba membantu memindahkan Puan Saidatul serta kedua anaknya ke kediaman yang lebih selesa dan selamat untuk didiami.
Semoga dengan usaha kecil ini dapat membantu ibu muda ini untuk mengecapi kehidupan yang lebih baik bersama anak-anak yang tersayang, In shaa Allah.