Skim Bantuan Modal Membantu Asnaf Menjana Pendapatan
Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak menyediakan SKIM BANTUAN MODAL bagi membantu asnaf-asnaf FAKIR, MISKIN dan MUALLAF menjana pendapatan mereka melalui bidang perniagaan.
MAIPk turut menyediakan Latihan dan Kursus Program Pembangunan Usahawan Asnaf kepada penerima- penerima bantuan modal (Usahawan Asnaf) bagi membuka peluang dan ruang dalam memperkasakan asnaf yang berpotensi dan produktif untuk menjadi komuniti usahawan cemerlang yang aktif dan kolabratif serta menambah nilai produk usahawan asnaf untuk kelestarian perniagaan yang mantap dan berjaya seterusnya dapat memberi sumbangan kembali kepada ummah melalui zakat.