• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Beri Bantuan Bencana Kepada Peniaga Kedai Makan

Ipoh, 15 Jun 2016 - Musibah yang dialami oleh keluarga ini merupakan satu cabaran yang cukup besar apabila kedai makan sewaan mereka yang merupakan satu-satunya tempat mencari rezeki dan sumber pendapatan telah terbakar. Keluarga ini telah hilang tempat mencari rezeki dan juga tempat tinggal dimana mereka sebelum ini tinggal di bahagian belakang kedai tersebut. Difahamkan, ketika kejadian, keluarga ini tidak berada di kedai.

Namun, berbekalkan semangat yang kuat, ketua keluarga ini bangun dan alhamdulillah dapat dilihat perancangan-perancangan bagi memulihkan kembali perniagaan kedai makan mereka.

Kini, keluarga ini menumpang di rumah ibu, dan berniaga di bazaar ramadhan.

Kehadiran kami disambut dengan senyuman dan tangisan untuk mencari kekuatan dalam menempuh cabaran ini. Pihak SPA telah menyumbangkan bantuan bagi meringankan beban keluarga ini.

Semoga keluarga ini terus kuat dan dikekalkan semangat untuk bangun dari jatuh.








.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.