MAIPk Membekalkan Bantuan Perubatan Kepada Pesakit Strok
Desa Pengkalan Bandaraya, 2 Jun 2016 - Pusat Zakat Perak hari ini telah membekalkan bantuan perubatan iaitu 9 karton lampin pakai buang berjumlah RM1,602.72 kepada Encik Mohd Hisham bin Mohd Salim yang kini sakit terlantar akibat strok.
Semoga bantuan ini dapat meringankan beban keluarga ini. Kami mendoakan beliau segera sembuh dan mendapat kesihatan seperti sedia kala.