• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Maipk Anjur Bengkel Amil

IPOH 17 Mei 2016 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menganjurkan satu bengkel Amil bertempat di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Bengkel ini dihadiri seramai 120 peserta dari seluruh negeri Perak. Bengkel Amil ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Dr. Amiruddin bin Muhamed telah merasmikan bengkel amil ini dan beliau dalam ucapannya mengharapkan amil membantu dalam kutipan zakat agar agihan zakat dapat dilaksanakan lebih dengan lebih baik dan ianya akan membantu lebih ramai golongan asnaf dapat manfaatnya.

Pada bengkel ini terdapat dua sesi pembentangan iaitu pertama mengenai taklimat Pengiraan Zakat Perniagaan dan Nisab Semasa yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Latiff bin Talib, Pengurus Unit Dakwah Operasi MAIPk dan pada sesi kedua pula taklimat mengenai Wakaf Tunai Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) yang disampaikan oleh Ustaz Mohammed Tasyreef bin Mohamad Tarmizi, Penolong Pengurus Unit Pembangunan Ummah MAIPk.

Bengkel amil tersebut dikelolai oleh Mohd Ariffullah Bin Mashudi Penolong Pengurus Pemasaran (Unit Dakwah dan Amil) MAIPk dan Encik Muhammad Fauzan bin Abdul Rahim Penolong Pengurus Pemasaran MAIPk.












.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.