MAIPk menghulurkan bantuan perubatan susu bayi
Chemor 13 April 2016 - MAIPk telah melulus dan membekalkan bantuan perubatan berjumlah RM3,859.68 iaitu 51 tin susu Mamex Gold Pepti 400gm kepada Muhammad Rayyan Saifullah bin Rosdi yang tinggal di Kampung PPRT Ulu Chemor, Chemor Perak.
Pemohon berusia 49 tahun telah berkahwin dan mempunyai 7 orang anak perempuan (3 orang bekerja, 2 orang masih sekolah menengah dan seorang sekolah rendah, seorang berumur 4 tahun). Pemohon juga telah mengambil seorang anak angkat lelaki yang berusia 8 bulan. Pemohon bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pandapatan RM1440.00 sebulan manakala isterinya bekerja sebagai pembantu kantin dengan pendapatan RM400.00 sebulan.
Sakit dan keperluan :
Sebelum ini pemohon pernah menerima bantuan dari MAIPk berjumlah RM3,847.80 untuk pembekalan susu selama 2 bulan mengikut kelulusan mesyuarat JKBMP Kali Ke-14/2015 bertarikh 30/07/2015. Kini pemohon ingin memohon bantuan susu Mamex Gold Pepti. Kos sebulan untuk produk tersebut adalah RM1,285.20. Susu ini adalah seperti yang disarankan oleh pakar pediatrik.
Untuk makluman setelah kehabisan susu comidagen yang diterima dari MAIPk, pemohon telah memberikan susu formula yang biasa untuk anak angkatnya ini. Namun anak angkat pemohon telah mengalami komplikasi kerana alahan terhadap susu formula biasa yang mana dia mengalami muntah,cirit birit, demam dan menjadi kurang aktif. Bayi tersebut telah dimasukkan ke hospital kerana didapati mempunyai metabolik acidosis akibat muntah dan cirit birit tidak berhenti. Produk yang disyorkan ini mempunyai nutrisi yang lengkap dan memenuhi keperluan diet pesakit serta ianya mudah untuk pencernaan dan penyerapan nutrien dalam usus yang tidak terdapat dalam produk lain.