Kursus Pengurusan Majlis Rasmi
Taiping, 1 3 Mac 2016 - Bertempat di Hotel Seri Warisan, Taiping, satu Kursus Pengurusan Majlis Rasmi telah diadakan. Seramai 40 pekhidmat dari pelbagai unit dan bahagian telah terlibat dalam kursus ini. Kursus sepanjang 2 hari bertujuan untuk mendedahkan dan melengkapkan pekhidmat MAIPk dengan pelbagai ilmu berkaitan pengurusan majlis rasmi seperti amalan protokol, tatacara pengurusan sambutan tetamu kenamaan dan etiket petugas.