• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • MAIPk DAN PNMB SANTUNI ASNAF MENERUSI PROGRAM ZIARAH ASNAF ZON UTARA DI SELAMA

MAIPk DAN PNMB SANTUNI ASNAF MENERUSI PROGRAM ZIARAH ASNAF ZON UTARA DI SELAMA

SELAMA, 30 Jun 2026 – Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menganjurkan Program Ziarah Asnaf Zon Utara di daerah Selama. Program kali ini turut melibatkan kerjasama bersama Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dalam usaha menyantuni golongan asnaf.

Rombongan MAIPk diketuai oleh Pengurus Besar MAIPk Zon Utara, Encik Mohd Saufi bin Ibrahim, manakala PNMB diketuai oleh Pengurus Wilayah Utara, Encik Mohd Fazli bin Ismail. Turut hadir ialah Pengurus MAIPk Cawangan Selama, Puan Masitah binti Zawawi dan Pengurus Bahagian Agihan Zakat MAIPk, Encik Mohammed Tasyreef bin Mohamd Tarmizi.

Sepanjang program, rombongan telah menziarahi 10 keluarga asnaf bagi menyantuni serta melihat sendiri keadaan kehidupan mereka. MAIPk telah menghulurkan sumbangan kotak makanan dan PNMB menyampaikan sumbangan wang tunai kepada setiap keluarga asnaf sebagai tanda keprihatinan dan sokongan dalam meringankan beban yang ditanggung.

Antara penerima yang diziarahi ialah Encik Nassor bin Abdul Khani, seorang usahawan makanan sejuk beku yang menerima Bantuan Modal bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran perniagaannya melalui penyediaan mesin pengisar daging dan mesin uli tepung.

Rombongan turut menyantuni dua penerima Bantuan Perubatan iaitu Sa'idun bin Jusoh, 67 tahun dan Sabariah binti Ismail, 80 tahun yang menghidap strok dan memerlukan penjagaan rapi. MAIPk sebelum ini telah meluluskan bantuan pembekalan lampin pakai buang dan tisu basah secara berterusan bagi membantu meringankan beban keluarga dalam menguruskan keperluan harian mereka.

Selain itu, MAIPk turut menyantuni tiga penerima Bantuan Bina Rumah iaitu Shaiful Azuan bin Aziz, 47 tahun, Din bin Bakar, 86 tahun dan Rodiah binti Pihee, 70 tahun yang telah menerima pembinaan kediaman baharu selepas rumah asal mereka uzur, tidak selamat dan rosak akibat ribut dan tidak lagi selamat didiami. Bantuan ini memberi peluang kepada penerima dan keluarga untuk menikmati tempat tinggal yang lebih sempurna.

Program ziarah seumpama ini mencerminkan komitmen berterusan MAIPk dalam memperkasa kebajikan asnaf melalui pendekatan turun padang, di samping mengukuhkan kerjasama dengan agensi bagi memperluaskan manfaat kepada golongan yang memerlukan.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.