MAIPk PERKUKUH HUBUNGAN STRATEGIK BERSAMA JKKN Perak
IPOH, 12 Februari 2026 – Bahagian Komunikasi Strategik, Sekretariat dan Adat Melayu, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak.
Kunjungan tersebut diwakili oleh Pengurus Unit Penyelidikan dan Adat Melayu, Encik Muhammad Naquib bin Mohamd Tarmizi dan disambut oleh Pengarah JKKN Perak,Encik Hisham bin Mat Husien bersama Timbalan Pengarah, Encik Muhamad Syazwan Syazan bin Abd Halim serta Pegawai Kebudayaan, Puan Sty Nursaiedah binti Mat Desa.
Perbincangan yang berlangsung menumpukan kepada potensi kolaborasi strategik antara MAIPk dan JKKN Perak khususnya berkaitan program-program adat Melayu.










