ππ¦π¨ π§π¨πππ₯ ππππππ’π’π πππ‘ π§ππ₯ππππ¦ βπ ππ π£ππ₯ππ§ ππ¨π‘π§ππ₯β ππππ π£ππ‘ππ₯ππ π πππ‘π§π¨ππ‘ πππππ§ π πππ£πΈ
1. Majlis Agama Islam dan βAdat Melayu Perak (MAIPk) merupakan agensi yang menyalurkan bantuan zakat kepada golongan asnaf. Menurut rekod MAIPk, sehingga Disember 2025 seramai 13,458 orang asnaf menerima bantuan sara hidup bulanan dengan kadar antara RM400.00 hingga RM1,000.00 sebulan.
2. Selaras dengan dasar dan ketetapan MAIPk, setiap penerima bantuan sara hidup bulanan diwajibkan menjalani proses temu duga semula setiap dua (2) tahun bagi memastikan bantuan diberikan sehingga penerima berjaya keluar daripada garis kemiskinan, di samping mengesan penerima yang telah meninggal dunia.
3. Merujuk isu yang tular tersebut, Puan Ropiah merupakan asnaf menerima bantuan sara hidup bulanan sebanyak RM400.00 sebulan. Beliau telah dipanggil dalam program temuduga semula, walau bagaimanapun tidak dapat hadir atas sebab tidak menerima surat panggilan temuduga.
4. Atas keprihatinan dan aduan yang disampaikan, MAIPk Cawangan Parit Buntar telah menyantuni Puan Ropiah dengan menyampaikan bantuan segera berjumlah RM400.00, meluluskan bantuan sara hidup bulanan serta pembayaran akan dibuat segera berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
5. MAIPk sentiasa cakna dan mengambil berat setiap keperluan asnaf di negeri Perak. Bantuan serta pelbagai program pemerkasaan dan keperluan asnaf sentiasa dipertingkatkan mutunya dari semasa ke semasa.
6. Selain dari usaha menjejaki asnaf secara turun padang, MAIPk turut mengalu-alukan aduan awam ke atas kesukaran, kemiskinan dan kedaifan hidup umat Islam khasnya di negeri Perak. MAIPk sentiasa berusaha sedaya mungkin untuk memenuhi amanah pembayar zakat di negeri Perak.






