• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk MENGANGKAT SENI DAN ADAT MELALUI BARZANJI DAN MARHABAN

Ipoh, 20 Disember 2025 – Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak telah menganjurkan Pertandingan Barzanji dan Marhaban Peringkat Negeri Perak bertempat di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan.

Pada peringkat akhir pertandingan, seramai 16 orang belia daripada keseluruhan 67 peserta (24%) telah mengambil bahagian. Penglibatan ini merupakan satu permulaan positif yang menunjukkan minat golongan muda terhadap seni Barzanji dan Marhaban.

Senarai Pemenang:

Tempat Pertama: Kumpulan Soutul Ikhwan (Taiping) – RM5,000.00 & Piala

Tempat Kedua: Kumpulan Soutul Aula
(Taiping) – RM3,000.00 & Piala

Tempat Ketiga: Kumpulan Al-Iskandariyyah (Pengkalan Hulu) – RM2,000.00 & Piala

Saguhati (RM1,500.00 setiap kumpulan):

Nurjannah (Teluk Intan)
Miftahul Jannah (Bagan Serai)
Nurjannatul Umi (Manjung)
Marhaban Ukhwah An-Nur (Batang Padang)
Raudhatul Jannah (Kuala Kangsar)

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MAIPk, YABhg Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini, yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Turut hadir ialah Orang Besar Jajahan Kinta, Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja Dato’ Ab. Wahab bin Dato’ Seri Azizul Hassan; Orang Besar Jajahan Muallim, Toh Paduka Setia Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal bin Hj. Ahmad; Anggota Majlis, Encik Zulkafli bin Mohamed Mokhtar; dan Dr. Hajah Nornajwa Binti Ghazali serta Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman bin Md Salleh.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.