ENJIN DAN BOT FIBER BANTU TAMBAH SUMBER REZEKI
MAIPk Cawangan Kuala Kangsar menyerahkan bot fiber 14 kaki & enjin Yamaha 15HP kepada Mohd Adznam bin Mansor, nelayan dari Kg. Biong, Sauk. Beliau sebelum ini bergantung pada bot kayu uzur dan enjin rosak.
Terima kasih pembayar zakat, bantuan ini memberi nafas baharu kepada beliau meneruskan pencarian rezeki demi keluarga.










