PERSIDANGAN MAJLIS KALI KE-234 KUKUHKAN AGENDA TADBIR URUS & PEMBANGUNAN UMMAH
Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Persidangan MAJLIS kali ke-234 pada 4 Disember 2025 bertempat di Kompleks Islam Darul Ridzuan yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar bin Zaini.
Persidangan berkala ini membincangkan pelbagai perkara berkaitan pengurusan zakat, wakaf dan agenda pembangunan sosioekonomi, dengan penekanan kepada pengurusan dana yang telus, berstrategi serta memberi impak langsung kepada kesejahteraan ummah.












