• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk SANTUNI ANGGOTA KESELAMATAN TERLIBAT KEMALANGAN

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah melaksanakan Program Santunan Anggota Keselamatan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada 10 dan 11 Julai 2025 sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan kepada anggota keselamatan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 13 Mei 2025 lalu di KM25, Jalan Sungai Manik, Teluk Intan, Perak.

Melalui inisiatif ini, MAIPk telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM18,500.00 kepada 7 orang waris anggota yang terkorban serta 9 orang anggota yang mengalami kecederaan parah. Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung selain menjadi penyuntik semangat kepada para penerima untuk terus tabah dan kuat menghadapi ujian.

MAIPk sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga yang terkesan dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan dan ketabahan oleh Allah Subhanahuwataala. Semoga sumbangan ini menjadi simbol kasih sayang dan solidariti masyarakat terhadap para wira negara yang telah banyak berkorban demi keamanan tanah air tercinta.

video : MAIPk SANTUNI ANGGOTA KESELAMATAN TERLIBAT KEMALANGAN
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.