• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBANGUNAN FASA 2 HOTEL WAKAF TAIPING

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBANGUNAN FASA 2 HOTEL WAKAF TAIPING

TAIPING, 17 Februari โ€“ Berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Fasa 2 Hotel Wakaf Taiping oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Majlis Agama Islam dan โ€˜Adat Melayu Perak (MAIPk) di Dewan Long Jaafar, Hotel Seri Warisan Taiping.

Projek ini berjaya disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian, Jabatan Perdana Menteri, Tuan Mohd Fadeโ€™li bin Abdul Shukor, bersama Ketua Pengarah JAWHAR, Datoโ€™ Selamat bin Paigo serta Pengarah JKR Negeri Perak, Tuan Ir. Haji Zamri bin Mat Kasim, selaku Pegawai Penguasa projek.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh hadir menerima replika kad pintar akses bilik sebagai simbolik penyerahan Hotel Wakaf ini.

Pembangunan Hotel Wakaf ini bukan sahaja bertujuan untuk menambah kapasiti penginapan di Taiping, malah ia turut memainkan peranan penting dalam mengoptimumkan aset wakaf sebagai pemacu ekonomi. Projek ini dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat setempat, serta menyokong pertumbuhan sektor pelancongan secara mampan.

Video : Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Fasa 2 Hotel Wakaf Taiping
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.