• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

OPS TANAH WAKAF MAIPk SIRI 1/2025 DAERAH BAGAN DATUK

BAGAN DATUK - 17 hingga 18 Februari 2025

Team Bahagian Mal dan Wakaf (BMW), MAIPk diketuai Pengurus Unit Pengurusan Wakaf, Ust. Wan Abdul Halim Mohd Amin bersama-sama pegawai dan pekhidmat MAIPk Bagan Datuk telah menjalankan Program Ops Tanah Wakaf Siri 1 Tahun 2025 di sekitar daerah Bagan Datuk.

Antara tujuan program ini dijalankan adalah seperti berikut :
1. Menyelesaikan dan mengemaskini semula data dan laporan tanah wakaf;
2. Merekod semula lokasi dan anggaran ukuran keluasan hartanah wakaf MAIPk;
3. Mengenalpasti tapak masjid, surau dan tanah kubur serta tapak SRAR bagi tujuan pelaporan dalam sistem hartanah MAIPk; dan
4. Membuat semakan silang dan penyelarasan data yang terkandung dalam sistem eHartanah, fail dengan keadaan fizikal sebenar wakaf.

Alhamdulillah, hasil semakan, gerak kerja dan pengenalpastian secara fizikal untuk wakaf tapak selama 2 hari berkampung di daerah Bagan Datuk, sebanyak 64 lot tapak hartanah wakaf telah berjaya dikemaskini seperti ringkasan berikut :

Mukim Rungkup :
Tapak Surau: 11/12
Tapak Kubur : 7/7
Tapak Sekolah Agama Rakyat : 16/16

Mukim Bagan Datuk :
Tapak Masjid: 2/2
Tapak Surau : 21/21
Tapak Kubur : 3/3
Tapak Sekolah Agama Rakyat : 4/4

Pencapaian : 64/65 (98%)

Semoga hasil kemaskini data dan maklumat wakaf ini dapat membantu MAIPk mengurus, merencana dan membangunkan seterusnya meningkatkan kepercayaan umat Islam terhadap pengurusan hartanah wakaf di seluruh negeri Perak.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.