2.5% Kecil Nilainya Bagi Kita. Namun, Besar Manfaatnya Bagi Golongan Asnaf.
Mungkin 2.5% daripada harta kita kelihatan kecil, tak terasa pun apabila dikeluarkan. Tapi bagi mereka yang memerlukan, ia umpama cahaya harapan yang mampu mengubah kehidupan.
Bayangkan, sumbangan sekecil ini boleh menjadi rezeki buat golongan fakir, makanan buat keluarga miskin dan peluang pendidikan buat mereka yang terpinggir disebabkan kekangan kewangan.
Zakat bukan sekadar kewajipan, ia adalah jambatan kasih sayang antara kita dengan asnaf. Kecil bagi kita tapi besar ertinya buat mereka.
Layari https://ezakat.maiamp.gov.my untuk membayar zakat secara online.

