• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk Perkasa Kemudahan Pembayaran Zakat Secara Digital

IPOH, 6 Februari – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) terus komited dalam mempertingkatkan kemudahan pembayaran zakat melalui pembangunan platform digital terkini. Bengkel kemudahan aplikasi zakat MAIPk telah diadakan semalam di Kompleks Islam Darul Ridzuan dan dihadiri lebih daripada lapan puluh orang pegawai MAIPk sebagai persediaan untuk menerokai sistem baharu yang bakal diperkenalkan dalam masa terdekat.

Platform inovatif ini dibangunkan dengan objektif utama untuk menyediakan sistem pembayaran zakat secara dalam talian yang lebih pantas, mudah dan selamat. Inisiatif ini selari dengan usaha MAIPk dalam memperkukuh transformasi digital serta memberi lebih banyak pilihan kepada umat Islam di Perak dan di seluruh negeri dalam menunaikan kewajipan berzakat.

MAIPk terus melangkah ke hadapan dengan memastikan perkhidmatan zakat kekal relevan dan mesra pengguna sejajar dengan perkembangan teknologi semasa. Nantikan pengumuman rasmi mengenai pelancaran platform ini dalam waktu terdekat.


Video : MAIPk Perkasa Kemudahan Pembayaran Zakat Secara Digital

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.