INFO BAHAGIAN MAL DAN WAKAF (BMW) : PEMANTAUAN & RUNDINGAN
Tarikh : 09.01.2025 | Khamis
Lokasi : Tanah Wakaf Am, Kota Bharu, Gopeng
Isu : Bencana banjir menyebabkan tebing Sungai Kinta pecah yang turut mengakibatkan 5 tebing lombong sekitar kawasan turut terlibat.
Persetujuan : Kesemua pihak penyewa tanah wakaf MAIPk & pengusaha projek berhampiran bersetuju untuk memberikan kerjasama bagi pelaksanaan kerja-kerja menambak & membina semula tebing lombong yang telah pecah.
Lot PT 13510 (HSD 14833), Mukim Teja, Daerah Kampar yang terletak di Kota Bharu, Gopeng merupakan Wakaf Irsad Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai Wakaf Am. Tanah wakaf ini dimanfaatkan melalui sewaan yang menjana hasil bagi manfaat umum umat Islam khususnya dalam Negeri Perak.