Taklimat Zakat di Suruhanjaya Koperasi Malaysia Teluk Intan
Teluk Intan - 2 September 2015, Satu majlis Taklimat Zakat telah diadakan Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Teluk Intan. Taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Latiff bin Talib dari Unit Dakwah dan Promosi, MAIPk. Taklimat tersebut telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Unit Audit Suruhanjaya Koperasi Malaysia Daerah Manjung dan Tapah. Satu usaha yang berterusan MAIPk dan agensi kerajaan dalam usaha memberikan penerangan dan informasi berkaitan pengurusan zakat dan baitulmal kepada kakitangan perkhidmatan awam.