Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh Koperasi Pekebun Kecil Larut Matang Berhad
TAIPING, 30 Julai 2015 Satu Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh Koperasi Pekebun Kecil Larut Matang Berhad telah diadakan di Hotel Seri Warisan Taiping, Perak. Zakat perniagaan berjumlah RM10 ribu telah diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak pada majlis tersebut. Pihak MAIPk telah diwakili oleh oleh Encik Abdul Khalil Bin Hamdi dan Encik Muhamad Shukran Bin Sharipuddin dari Pejabat MAIPk Taiping. Semoga komitmen yang berterusan dari pihak swasta dapat diteruskan pada masa hadapan.Ini bagi faedah golongan asnaf-asnaf yang sentiasa memerlukan pembelaan daripada semua pihak yang prihatin.