OPS TANAH MAIPk PASTIKAN TANAH WAKAF SARAAN DIMANFAAT DENGAN OPTIMUM
Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Mal dan Wakaf (BPPMW) komited bagi mengoptimumkan manfaat tanah-tanah wakaf saraan di seluruh negeri Perak melalui pelaksanaan Ops Tanah MAIPk.
Program yang dijalankan secara sukuan tahun mengikut daerah dan zon ini bertujuan bagi memantau dan memastikan tanah-tanah wakaf saraan di seluruh negeri ini diusaha dan dimanfaatkan sebaiknya.
Semoga usaha yang dilaksanakan ini akan terus meningkatkan kepercayaan para pewakaf kepada MAIPk sebagai pentadbir harta wakaf dan baitulmal umat Islam di negeri Perak.