LAWATAN BELAJAR ANAK-ANAK ORANG ASLI ISLAM
IPOH, 21 November - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menganjurkan Program Lawatan Sambil Belajar Pelajar Orang Asli selama 2 hari bermula 19 hingga 20 November 2024. Program dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) melibatkan pelajar Orang Asli beragama Islam berumur 13 hingga 15 tahun daripada SMK Bawong, SMK Sri Tapah dan SMAROA Al-Hidayah, Kg Kenang.
Lokasi yang menjadi pilihan lawatan kali ini adalah Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan, Petro-Sains dan Aquaria KLCC. Lawatan seperti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada pelajar Orang Asli malah memberikan nilai tambah dan pengetahuan kepada mereka menerusi program yg diaturkan.
MAIPk komited melaksanakan inisiatif dan pencetus transformasi pendidikan komuniti Orang Asli negeri Perak selari pelan yang digariskan dalam Perak Sejahtera 2030.