MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN BERJUMLAH RM9,783,777.67
KUALA KANGSAR, 16 November 2024 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM9,783,777.67 daripada tujuh syarikat korporat kepada MAIPk. Penyerahan zakat perniagaan didahului oleh Ipoh Specialist Hospital Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Badrul Hisyam bin Ibrahim dengan jumlah RM1,057,200.83.
Ia diikuti Felcra Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, YBhg. Dato’ Idris bin Lasim berjumlah RM1,035,816.7. Kemudian, Koperasi Kemajuan Tanah Perak Berhad diwakili oleh Pengerusi, YBhg. Datuk Mohammed Akhiar bin Ahmad Wazir Affandi sebanyak RM128,523.20.
Sementara itu, Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad diwakili oleh Pengerusi, Tuan Nor Sharifuddin bin Yeop Sabar dengan jumlah RM423,276.89. Seterusnya, Lembaga Air Perak diwakili oleh Pengurus Besar, Tuan Ir. Lokman bin Abd Rahim berjumlah RM4,700,000.00. Berikutnya, Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Dato’ Haji Mubarak Ali Gulam Rasul, sebanyak RM1,788,960.00. Diakhiri oleh Menteri Besar Incorporated (Perak) diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Dato’ Anuar bin Zainal Abidin dengan bayaran berjumlah RM650,000.00.
Majlis turut disaksikan YAB Dato’ Seri Saarani Bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, YTM Raja Dato’ Seri Ahmad Nazim Azlan Shah Bin Raja Ashman Shah, Raja Kecil Sulong Perak Darul Ridzuan, YABhg. Jen. Dato’ Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YBhg. Dato’ Abdul Rahman bin Dato’ Mohamed Hashim, Orang Kaya Kaya Maharaja Lela Tanjana Putra, YBhg. Dato’ Seri Mohamad Othman bin Zainal Azim, Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda, YBhg. Dato’ Seri Diraja Tan Sri Haji Ramli bin Ngah Talib, Orang Kaya Kaya Seri Agar Diraja, YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar bin Zaini, Yang Dipertua MAIPk , YABhg. Jen. Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohd Azumi bin Mohamed, YABhg. Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan, YDH Toh Maharaja Indera Dr. Khairil Anuar bin Arshad dan YBrs. Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif, MAIPk.