SESI PEMANTAUAN TANAH WAKAF MAIPk
Sungai Siput - 15.11.2024 (Jumaat)
Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Mal dan Wakaf (BPPMW), Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak pada hari ini telah mengadakan pemantauan ke tanah wakaf di Sg. Siput (U) bagi memastikan tanah tersebut dimanfaatkan sebaiknya selaras dengan tujuan pewakafan.
Pemantauan dilaksanakan dengan kerjasama pekhidmat MAIPk Kuala Kangsar telah meninjau aktiviti pembangunan tanah yang sedang dilaksanakan di tanah wakaf tersebut.
MAIPk sebagai pihak berkuasa utama dalam pentadbiran hal ehwal Islam di Negeri Perak, terus komited untuk membantu masyarakat menerusi tiga objektif iaitu :
1. Memartabatkan institusi zakat;
2. Mentadbir harta baitulmal dan wakaf, serta
3. Menjana kualiti perkhidmatan, budaya kerja cemerlang dan pengurusan yang sistematik.
Terima kasih kepada semua pembayar zakat & pewakaf atas sumbangan dalam mengukuhkan ekonomi umat Islam di negeri ini.