SEMINAR INTEGRITI MAIPk
IPOH, 14 November- Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menganjurkan Ceramah Kesedaran Integriti dan Kesalahan Rasuah dalam Akta SPRM 2009. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Perak, Tuan Mohammad Rozli bin Yusuf.
Tujuan penganjuran program adalah menutup ruang dan peluang berlakunya rasuah dalam kalangan pekhidmat MAIPk. MAIPk komited dan beriltizam supaya menjadi aset yang berkualiti kepada negara melalui amalan integriti dan tatakelola yang baik bertepatan dengan tema sambutan Hari Integriti Nasional ”Teguh Integriti, Kukuh Pertiwi”.
MAIPk juga akan terus bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak menghapuskan amalan rasuah, meningkatkan tatakelola dan integriti melalui aspek kesedaran dan pendidikan.