RM296,700.00 DIPERUNTUKKAN BAGI KURSUS URUTAN DAN REFLEKSOLOGI KEPADA ASNAF UNTUK JANA PENDAPATAN
IPOH, 21 Oktober – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Majlis Penyerahan Peralatan kepada para peserta Kursus Urutan dan Refleksologi Lelaki & Wanita Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A) 2024 di Ipoh.
Majlis yang disempurnakan oleh Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Encik Rohizan bin Haji Omar mewakili Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk melibatkan pembekalan peralatan urutan dan refleksologi dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM296,700.00. Antara peralatan yang diterima oleh peserta seperti katil urut, kerusi urut mobile dan foot stand, beg sauna, alatan mengurut seperti sarung tangan, besen pelbagai minyak dan herba, pakaian seragam dan apron.
Tajaan ini juga merangkumi latihan keusahawanan secara percuma, bimbingan dan pemantauan secara berkala selama 6 bulan. Bagi Kursus Urutan dan Refleksologi Lelaki & Wanita ini, seramai 30 orang asnaf telah terpilih menyertainya.
Pihak MAIPk berharap agar barangan dan peralatan yang dibekalkan dapat membantu meningkatkan pendapatan dan melahirkan para muzakki yang baharu pada masa hadapan. MAIPk terus komited untuk memajukan masyarakat Islam di negeri Perak melalui pelbagai program yang lebih strategik dan efektif.
Terima kasih pembayar zakat. Teruskan membantu golongan asnaf dengan menunaikan zakat secara dalam talian di https://ezakat.maiamp.gov.my