MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG SYARIAH NEGERI PERAK BIL 2/2024
IPOH, 8 Oktober 2024 - Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penggubalan Undang-Undang Syariah Negeri Perak Bil. 2/ 2024 bagi meneliti dan membincangkan cadangan pindaan dan penggubalan undang-undang yang terdiri daripada Enakmen di Negeri ini.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, YB. Dato Azmir Shah bin Zainal Abidin. Turut hadir ke sesi mesyuarat tersebut adalah wakil daripada Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN).