SESI KHAS KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MAIPk BERSAMA BADAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK PERAK, JORDAN (BKAPJ)
5 Oktober, 2024 – Delegasi Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), berkesempatan menghadiri majlis rahmah mesra bersama anak-anak Perak serta pelajar-pelajar tajaan zakat MAIPk ketika sesi lawatan kerja Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh di Jordan.
Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan KPE, sesi soal jawab dan makan malam serta penyampaian wang saku USD100 kepada pelajar-pelajar yang hadir. Tuan KPE turut mengumumkan tambahan sumbangan kepada BKAPJ sebanyak RM10,000 bagi tujuan aktiviti anak-anak Perak untuk tahun 2024. Berdasarkan rekod terkini, jumlah anak-anak Perak yang melanjutkan pengajian di Jordan adalah seramai 207 orang.
Tahniah dan syabas buat BKAPJ di atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan lawatan ke Jordan.