SEMINAR MOTIVASI DAN HALATUJU USAHAWAN MAIPk SIRI 2/2024
Ipoh,26 September – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menganjurkan Seminar Motivasi dan Halatuju Usahawan MAIPk siri 2/2024 selama 3 hari bermula 24 hingga 26 September bertujuan menyampaikan input baru dalam bidang perniagaan seperti pelindungan perniagaan, pengurusan kewangan, percukaian dan pembayaran zakat serta penghayatan konsep keberkatan dalam perniagaan.
Selain itu, objektif program ini juga bagi meningkatkan kebolehan, kemahiran dan produktiviti supaya menjadi usahawan berilmu, berdikari, berdaya tahan dan berdaya saing.
Seramai 34 orang usahawan yang terpilih di bawah Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A) tahun 2023 turut serta di dalam seminar ini.
Hasrat MAIPk semoga semua usahawan PROPER A beroleh kejayaan dan menjadi pembayar zakat serta bersedia mengembangkan perniagaan masing-masing hingga ke tahap yg lebih baik.