LAWATAN KERJA MAIPk KE LZNK BAGI PELAKSANAAN PENOLONG AMIL KARIAH DI PERAK
Alor Setar - 18.09.2024 (Rabu)
Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak melalui Bahagian Agihan Zakat pada hari ini berkunjung ke Lembaga Zakat Negeri Kedah di Menara Zakat, Alor Setar bagi mendapatkan penerangan dan maklumat terperinci berkaitan kaedah pelaksanaan Skim Penolong Amil Kariah (PAK) yang telah dilaksanakan oleh LZNK sejak tahun 2018.

Deligasi MAIPk diwakili En. Noraizad bin Rosli, Pengurus Unit Pemerkasaan Asnaf, MAIPk bersama-sama empat orang wakil Pegawai Baitulmal Daerah disantuni oleh pegawai-pegawai LZNK yang diketuai oleh Ketua Pegawai Kutipan, A.F. Ust. Mohamad Zaidi bin Azizan dan beberapa orang pegawai yang lain.
Pelbagai topik & perkara yang dibincangkan bersama sepanjang sesi selama hampir 3 jam. Input-input yang diperoleh akan menjadi panduan & rujukan bagi pelaksanaan skim tersebut di negeri Perak kelak.
Jutaan ucapan penghargaan & terima kasih diucapkan kepada pihak LZNK atas kesudian menerima kunjungan daripada pihak MAIPk. Semoga bermanfaat kepada asnaf2 dan seluruh penduduk di negeri Perak.